Kecantikan adalah perkara yang penting kepada semua orang, lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita. Selain kecantikan dalaman, kecantikan muka adalah perkara yang penting bagi wanita.


Namun begitu, makin meningkat usia, macam-macam masalah kulit berlaku.

“I wish I have a baby skin forever”

Kulit kusam adalah salah satunya.


Antara faktor yang menyebabkan kulit menjadi adalah disebabkan faktor usia, gaya hidup tidak sihat dan banyak menggunakan produk kosmetik yang bahan kandungannya tidak berapa selamat.

Kami kongsikan 5 Cara Organik Yang Boleh Digunakan Untuk Merawat Kulit Kusam.


1. Kekal Hidrasi

Kulit adalah organ yang terbesar dan boleh dilihat.Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

Kajian menyarankan pengambilan air putih sebanyak 8 gelas sehari. Biasakan diri dengan meminum air putih untuk kekal hidrasi seterusnya meningkatkan seri kulit wajah.


2. Bersenam

Bersenam akan meningkatkan denyutan jantung sehingga dapat melancarkan perjalanan darah, sekaligus menyalurkan nutrisi yang baik ke sel-sel kulit. . Kulit memerlukan nutrisi agar sentiasa sihat dan terjaga keanjalan serta kelembapannya

Berjalan, menggunakan tangga dan brisk walk adalah aktiviti senaman yang mudah. Yang penting pastikan badan anda sentiasa aktif.

3. Gunakan lemon sebagai cleanser semula jadi

Lemon kaya dengan Vitamin C dan antioksidan yang akan melambatkan penuaan. Mulakan hari dengan segelas jus lemon untuk keluarkan segala toxin dalam badan.

Bersihkan muka dengan jus lemon untuk hilangkan effect “swallow face” pada pagi hari. Kulit lemon juga boleh digosok pada muka dan leher untuk menghilangkan dark spots.


4. Madu

Madu seperti kita tahu banyak khasiatnya. Madu mengandungi antioxidant, anti-radang dan antiseptic yang baik untuk wajah.

Kembalikan kecerahan kulit dengan mask campuran madu dan oat. Campurkan sebiji kuning telur, 2 sudu kecil madu dan 3 sudu kecil oats. Sapukan di muka dan basuh selepas 20 minit.

Buat 2 kali seminggu dan rasai kesannya.


5. Makan dark chocolate

Seperti juga lemon, dark chocolate mengandungi antioksidan semula jadi.

Beli dark chocolate yang tiada gula. Yang ada guna inilah yang akan menyebabkan jerawat dan kulit berminyak.

Jadikan makanan harian, dark chocolate akan repair kulit anda tanpa ada sedar.