MUDAH KE NAK HILANG JERAGAT ? ADA CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT

“Sekarang ramai suka guna bahan dapur untuk rawat jeragat. Tapi realitinya hanya permulaan sahaja, lepas tu dah malaskan.”

Nak tak cara mudah menghilangkan jeragat yang dah bertahun tempek di muka. Tak perlu bazirkan duit yang banyak atau sakitkan muka. ” TAK PERLU LASER PUN ”

NAK TAK 5 TIPS CARA MUDAH HILANG JERAGAT DENGAN BAHAN DAPUR ANDA .

1 .  Aloe Vera

Semua orang pun tahu jika Aloe Vera mempunyai banyak manfaat besar bagi kesihatan rambut. Selain bermanfaat untuk kesihatan rambut.

Aloe Vera juga boleh menjadi satu bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat.

Caranya ambil satu Aloe Vera segar dipotong menjadi kepingan dan kemudian ambil gelnya. Sebelum anda meletakkan ia.

Anda perlu membersihkan muka anda supaya kotoran di muka tidak tersumbat. Anda boleh menggunakan gel Aloe Vera ke bahagian jeragat di bahagian muka yang terjejas.

Biarkan hingga ia kering. Selepas itu bilas dengan menggunakan air suam.

Penting : Untuk menggunakan cara ini. Puan dinasihatkan untuk menggunakan Scrub 3 kali seminggu. ini kerana scrub akan menanggalkan kulit-kulit mati yang berjeragat.

2. LEMON 

Lemon sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit wajah.

LEMON kaya dengan asid alpha hydroxy. jus lemon bantu gantikan kulit dan memudahkan pertumbuhan sel. Ia juga hilangkan minyak berlebihan sebab bersifat astringen.

Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biar 15 hingga 20 minit, kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. AWAS kulit akan terasa pedih .

Ke >> Cara menghilangkan jeragat dengan berkesan

3. Limau nipis


Limau nipis dan soda bikarbonat boleh atasi masalah jeragat. Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif elakkan guna soda bikorbonat

Caranya potong limau nipis secara melintang. Picit lima pada soda bikorbonat kemudian gaul sekata. lepas tu tepek di muka. boleh tonyoh kat muka lembut-lembut je.

Penting : Tidak boleh pakai selalu, seminggu hanya 2 kali sahaja. Ramai yang tanya apa kesan jika pakai selalu? Kulit akan menjadi pedih kerana air limau nipis mengandungi asid.

4.Baking soda 

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati. Ia juga dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Caranya campur sedikit air dalam satu sudu teh baking soda & jadikan masker.Sapu pada kawasan terjejas dan biarkan 10 minit. Kemudian bersihkan dengan air sejuk.

5. Kentang

Tahukan anda?Kentang mampu membantu mempercepatkan proses menghilangkan jeragat.Kentang bukan sekadar kaya dengan sumber kanji, tetapi mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles).

Potong sebiji kentang yang bersaiz sederhana kepada dua bahagian. Titiskan sedikit air dipermukaan kentang tersebut.
Sapukan kentang tersebut ke kawasan jeragat dan biarkan jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit.

KETAHUI >> : 4 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Natural