Kulit wajah kita kering disebabkan oleh 6 perkara.  Bila kulit kering, Jeragat akan senang merebak. Cara yang paling baik untuk mencegah daripada jeragat adalah dengan menjaga kelembapan kulit.

Perkara ni yang selalu diabaikan oleh kita  

 

Kurang minum

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kulit kering dan tidak cantik adalah kerana kurang air dalam badan. Dengan mengamalkan minum air mineral dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit.

Penggunaan produk

Masalah kulit kering juga boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan produk secara tidak terkawal. Tak semua jenis kulit sesuai dengan produk yang digunakan. gunakan produk natural supaya kulit mudah mengadaptasi daripada produk.

Sabun 

Sabun buku akan mengurangkan pelindung kulit. Sabun buku juga adalah penyebab kepada tejadinya jeragat

Genetik dan usia

Genetik juga menjadi faktor paling besar, ini disebabkan keadaan kulit yang kering dari kecil atau mempunyai genetik keluarga yang memang mempunyai keadaan kulit yang kering.

Cuaca

Faktor cuaca juga mempengaruhi kelembapan kulit. Ini kerana kulit akan menjadi kering dalam keadaan cuaca tertentu seperti terlalu sejuk atau terlalu panas.

Mandi terlalu lama
Mungkin Anda berfikir bahawa semakin lama mandi, maka kulit akan semakin lembab. Sebenarnya mandi yang terlalu lama akan membuat semakin banyak air yang menguap dari tubuh menjadikan kulit semakin kering.

Baca 5 Cara Mudah Hiangkan Jeragat Dengan Bahan Dapur